Monday, 14 December 2015

Volunteer @ Zoo Negara

Assalammualaikum, 

20th February 2015, tarikh yang aku ingat sampai bila-bila. 

Programme: Volunteer 
Venue: Zoo Negara, Malaysia.
Date: 20/02/2015
Day: Friday
College: Yayasan Pendidikan Cheras(YPC College)

Setelah sekian lama aku tak melibatkan diri dalam kerja sukarelawan lagi since that day. Focus kepada study and assignments saja. Aku ni seorang yang tak aktif di kolej, aku hanya pergi kolej study balik kolej. Itu lah kitaran hidup aku, tak ada apa yang menarik dan amazing. Okay, back to topics. Pada hari itu, (kalau tak kerana hari itu) aku tak akan dapat mengeratkan perhubungan aku dengan classmates yang lain, satu kelas yang sama tapi still tak kenal classmate sendiri (kui kui :3) Rasa indah sekali bila dapat mengenali diorang. 

Pagi tu aku berkumpul dengan group(bukan group tapi group yang menumpang kereta act) di tepi jusco tapi hadapan pizza hut then terus pergi berkumpul di Zoo Negara. Yang turut serta aku tak berapa ingat berapa orang yang pergi dan seorang lecturer, Miss Roslaily yang kiut miut je. Lepas tu sampai saja di Zoo Negara, kami diberi maklumat oleh abang abang kakak kakak fascilitator dekat situ dan diagihkan kumpulan masing-masing. Setiap kumpulan akan diagihkan kandang mana yang perlu dibersihkan, kalau group aku kandang Orang Hutan. Rasa teruja gila sangat lah bila dapat kandang Orang Hutan yelah siapa yang tak teruja excited rasa nak lompat sana sini kan first time masuk kandang tu dapat jumpa face to face(bukan f2f lagi dah nose to nose) sebab dapat tengok gigi  besar kuning dia, hidung besar dia, mata comel dia, ketinggian dia semua lah. Teruja kata kan. 

Tapi dalam group ada dua orang je, aku dengan Ayu degan seorang abang fasci yang rupa dia boleh tahan iman lagi lah (kui kui :3) Sebelum masuk kandang tu, kami diberi kasut getah, penutup mulut serta pencakar dan penyodok. Kerja pertama yang abang fasci tu bagi ialah bersihkan daun-daun kering yang gugur diatas rumput. Kedua, kumpulkan dedaun kering tu kutip dan masukkan kedalam plastik sampah. Ketiga, menyediakan makanan Orang Hutan. Keempat, memberikan makanan kepada Orang Hutan. Lepas tu rehat, menikmati lihat haiwan-haiwan di Zoo Negara yelah sambil menyelam minum air puas-puas sampai kembung(kekeke) 

Pembersihan dilakukan
Location: Kandang Orang Hutan


Orang Hutan penggemar sayuran, ada seekor ni dia ni Vegetarion  dia
seekor je makan sayur saja yang lain ada makan buahan.
Abang fasci tu kata, kalau tak silap yang seekor tu sedang diet pada masa tu.


I told you just now, dapat jumpa depan-depan even dalam kandang.
Ketaq lutut kalau dilepaskan. Actually, Orang Hutan ni manja. Tengok
sampai nak disuapkan. Alololo comel!


Itulah dia! Abang fasci. Gambar nampak selebet tapi f2f boleh tahan.
kui kui :3
Lelaki1 with leaf and giraffe





Lelaki2 with giraffe




Others group with tapir. Tapir ni manja nak dibelai bagai. Comel!!!




Brave enough?
 Ni kawan aku Fateen face to face dengan si pak belang. Comel!!!

Tadaa!!!~ Ruang kandang yang volunteer serta pekerja
 sahaja yang dibenarkan masuk. Clean........
Luas tempatnya ini baru separuh
 yang lagi separuh terlupa nak tangkap gambar.
sigh.








Leader and the giants turtle. 


Photo session. 




Fin :) 




















No comments:

Post a Comment